Thursday, August 27, 2009

Pembukaan Jalan Baru di Kota Bharu Membosankan

Setiap hari Khamis, aku buat OT kat klinik... abis kul 5petang... Aku bertolak balik ke rumah pada pukul 5.30petang.. Aku ambik jalan Sultanah Zainab untuk balik ke rumah...lebih dekat.. Dari pejabat TNB Kota Bharu, jalan dah sesak... Aku ambik masa 1jam untuk sampai ke rumah... Biasanya, kalau aku ambil jalan Sultanah Zainab, masa yang digunakan hanya 15minit sahaja... Semenjak pembukaan jalan baru di Kota Bharu, masa yang singkat dah bertambah...

Tambahan pula, sekarang ini bulan umat islam berpuasa... lagi bertambah kesesakan jalan raya... Ada yang dalam perjalanan pulang ke rumah, ada yang dalam perjalanan ke bazar Ramadhan... Tetapi, sebelum pembukaan jalan raya baru itu, walau sesak macam mana skali pun jalan itu, masih boleh diterima lagi...

Satu lagi keadaan yang tak asing lagi apabila jalan sesak ialah... kemalangan... Tidak kira la kemalangan kecil atau besar... aku sendiri mengalami keadaan begitu... Kemalangan kecil yang melibatkan sebuah motor dengan kereta aku... left Side mirror kereta aku hampir pecah dilanggar sebuah motor... Ragam pemandu motor... walaupun ruang antara sebuah kereta dengan kereta yang lain sempit, mereka tetap mencelah... padahnya bila berlaku pergeseran dan kemalangan kecil...

Keadaan jalan raya yang berlaku di Kota Bharu semakin menyerupai jalan raya - jalan raya di kuala lumpur.. Insya'Allah.. kita hanya perlu tunggu dan tengok sahaja di masa akan datang..

Sangat membosankan!!

1 comment: