aku punya kucing daa...
Ini kucing aku... aku dapat kucing ni masa awal2 aku pindah umah 3 tahun yang lepas... aku namakan kucing aku ni sebagai chukang sempena PCK gak...masa tu aku tengah tengok citer phua chu kang...so, aku dapat idea panggil dia chu kang...
Chu kang datang umah aku... mula2 chu kang tak diterima masuk dalam kuarga aku... lepas tu, diksya amik, mandikan chukang, bagi chukang makan... hari demi hari bagi makan, lama2 chu kang tersenarai dalam institusi keluarga kami... sehingga sekarang sudah hampir 3 tahun chu kang bersama kami...
Sebelum ni chu kang tak banyak kerenah...tak macam kucing lain... bila time kitorang makan, chukang duk senyap aje.. tak kacau orang, makan pun.. Ada sesetengah kucing, bila tuan tak ada, mula la naik atas meja makan selongkar saji... tapi chukang tak... Chukang tak makan nasi ngan ikan.. kuarga aku beri chukang makan wriskies... bila nak minum, chukang akan masuk bilik air... tu pun kalau bilik air kosong la...
Pada waktu malam, chukang tak duduk dalam umah... kitorang letak kat luar umah... takut nanti chu kang susah nak buang air... kalau chukang nak kuar ker nak pipis ker, dia akan duduk depan pintu sambil mengiaw...so, kitorang tau la dia nak kuar... yang kelakarnya, bila time hujan, chukang mesti tak senang duduk... maklum la.. tandas chukang dah basah... nak pipis macam mana..
Bila pagi aje, mesti bunyi suara chukang panggil dari luar umah...sebab nak masuk. Biasanya bila mama bangun pagi pada waktu subuh, nak ambik air sembahyang...time tu la chu kang panggil... tapi mama tak terus buka pintu lagi... gelap lagi kat luar tu, takut nak buka pintu... bila babah bangun nak mandi nak pi kerja, baru la babah buka pintu bagi chukang masuk... Yang ni pun kelakar... time orang sibuk amik turn mandi dia pun join skali nak masuk bilik air... Kalau bagi dia masuk dulu, lama pulak dia duk dalam tu minum air... kalau orang lain masuk dulu sebelum dia, alamatnya bising la satu umah... chukang duduk depan pintu sambil mengiaw, mengais nak bukak pintu bilik air tu sampai la orang siap mandi... selagi dia x dapat turn, selagi tu la dia buat bising...
kat leher chu kang, adik aku, omey pakaikan dia rantai loceng...pegi mana2 pun xrisau... dengar ajer bunyi loceng mesti chu kang dah balik... kalau dengar sesuatu kat luar umah,aku mesti risau... takut2 ada orang lain tengah meninjau... tapi bila dengar loceng chukang, terus aku jadi lega...
Dulu chukang ada penyakit... penyakit dia lebih kurang cam sawan jugak la.. kalau orang main kat blakang dia, kadang2 chukang akan menggeletar... takut jugak bila tengok keadaan cam 2... takut ada aper2 je nanti...Bila chukang menggaru, mesti lidah chukang akan terjelir... cam dia minum air...aper la chukang ni...
Chukang ni penakut! tak padan dengan jantan! kalau ada orang datang kerumah, dia terus jadi anak gadis...kalau tengok dia masuk dalam umah dengan kelam kabut, tahu la kitorang, ada orang datang... ha.. bila dah masuk dalam umah tu alamtnye menyorok la tu.. kadang2 dia masuk dalam bilik aku pastu dia tak kuar2 la sampai la tetamu balik baru chukang ni nak kuar... ada jugak dia masuk nak menyorok dalam bilik terus tido... todo atas katil aku plak tu!! kurang asam betul!!
Tapi sejak akhir2 ni... chukang buat hal...dia dah mula nak selongkar tudung saji... tapi dia tak brani... kalau dia buat hal, dia tak dapat makan... Nak disabitkan cerita, kitorang terkurung chukang dalam umah sekali dengan ham-ham aku, Temuk masa kitorang nak pi Taman Orkid... Chukang tak tahan godaan kot... rezeki depan mata, xde halangan plak tu... chukang jadikan temuk sebagai hidangan makan malam dia... Sakit hati betul!... mulai hari tu, chukang kena hukuman yang berat... tak boleh masuk dalam umah, xboleh makan makanan mahal lagi, xde manja2 !! Xde sesi make over lagi dah... It's over!!